Thursday, March 3, 2011

TANAH ITU


      Alim duduk bersendirian di atas tangga, merenungi nasib tanah terbiar di hadapan rumahnya. Tanah itu merupakan tanah pusaka, tinggalan jirannya yang telah meninggal dunia. Jirannya itu merupakan seorang tua yang hidup sebatang kera kerana ditinggalkan oleh anak-anaknya. Sikap anak-anak dia itu ibarat kacang melupakan kulitnya.
      Alim merupakan seorang mahasiswa di Universiti Malaya, mengambil jurusan dalam persekitaran. Hal ini adalah kerana Alim merupakan seorang pencinta alam sekitar. Dia sering kali melibatkan diri dalam sebarang aktiviti yang melibatkan program menjaga alam sekitar, lebih-lebih lagi sekiranya hari itu dia mempunyai masa terluang, ataupun tiada kuliah.
      Alim mempunyai seorang sahabat karib yang bernama Johan. Mereka berkawan semenjak di bangku persekolahn lagi. Tambahan lagi, mereka merupakan jiran semenjak usia kecil lagi.
     Johan juga mempunyai minat yang sama seperti Alim, iaitu mencintai alam sekitar. Mereka belajar di university yang sama, serta jurusan yang sama, dan tinggal di bilik yang sama juga. Begitu banyak persamaan antara Alim dan johan ini. Oleh itu, hunbungan mereka semaki bertambah erat sehingga menjadi seperti aur dengan tebing.
**********

     “Johan,adakah awak mempunyai masa terluang pada hujung minggu ini?” Tanya Alim.
     Lalu, Johan menjawab, “Tiadalah Alim. Kenapa awak bertanya Alim? Awak mempunyai program yang melibatkan penjagaan alam sekitar, bukan? Saya tahu, awak mesti mahu mengajak saya untuk mengikuti awak.”
    “Wah, hebatlah tekaan awak! Ya, begitulah hasrat saya sebenarnya. Tetapi, tidak mengapalah jika begitu, Johan.” Balas Alim.
      Begitulah rutin harian Alim dan Johan di universiti. Sekiranya antara mempunyai aktiviti yang melibatkan alam sekitar, mereka pasti akan mengajak satu sama lain untuk menyertainya. Antara aktiviti yang sering mereka ikuti ialah Kempen ‘Save Our River’, S. O. R. Kempen ini sering dilaksanakan pada setiap hujung minggu, di daerah yang berlainan.
      Minat yang mendalam terhadap alam sekitar semakin mendarah daging dalam jiwa Alim setelah dia melihat kawasan tanah terbiar di hadapan rumahnya. Dia berasa sangat kecewa atas ketidakprihatinan keluarga jirannya itu. Sepatutnya, anak-anak jiran itu perlulah bertanggungjawab atas tanah pusaka ibunya. Ataupun, mereka boleh menjual tanah itu kepada sesiapa yang berminat, gertak hati kecil kecil Alim. Tiba-tiba, satu idea terlintas difikiran Alim. Dia berhasrat untuk menanyakan ibunya pada esok pagi.
      Keesokan paginya, semasa Alim serta ibunya sedang bersarapan, Alim bertanya kepada ibunya, “Ibu, bolehkah Alim mengusahakan apa-apa tanaman di tanah terbiar di hadapan rumah kita itu?”
       “Boleh, Alim.” Jawab Puna Rosnah. Sambung Puan Rosnah lagi, “Tetapi, Alim perlu berjumpa dengan anak-anak jiran kita. Hal ini kerana tanah itu merupakan hak mereka.”
        Alim megikut kata-kata ibunya. Dia terus mencapai telefon bimbitnya, mendail nombor Johan. Dia bertanyakan Johan sekiranya Johan mahu mengikutinya pergi ke Negeri Sembilan, untuk berjumpa dengan anak-anak jirannya.
**********
         Perjalanan dari rumah Alim, di kawasan jelapang padi Negara, iaitu Kedah, mengambil masa selama tiga jam untuk sampai dirumah anak-anak jirannya di Negeri Sembilan. Johan telah bermalam di rumah Alim pada malam semalam. Johan menaiki pengangkutan awam untuk menjaga kesihatan alam sekitar.
          Johan amat mengambil berat akan alam sekitar. Dia tidak mempunyai apa-apa kenderaan, seperti motorsikal mahupun kereta, kerana pengangkutan ini akan mencemarkan alam sekitar. Johan hanay mempunyai basikal. Dia akan menunggang basikal untuk pergi ke kuliah atau ke kedai berhampiran universitinya. Dia juga menyatakan bahawa dengan menunggang basikal, kesihatannya akan terjaga. Dia hanya akan menggunakan pengangkutan awam sekiranya dia ingin bersiar-siar atau ingin pulang ke kampung halaman pada cuti semester.
     Alim dan Johan tiba di rumah keluarga jirannya. Mereka memberi salam setibnya mereka di hadapan pintu rumah itu. Tetapi, salam mereka tidak dibalas. Malahan, salam mereka disambut oleh hilai tawa mereka yang sedang seronok bergurau-senda antara satu sama lain. Alim berasa sangat geram dan marah, lalu memberi salam dengan sepenuh hati dan kuat. Akhirnya, pintu rumah itu terbuka.
     Tuan rumah itu bertanyakan hajat mereka datang ke situ. Mereka memperkenalkan diri mereka, kemudian memberitahu akan hajat mereka ingin membeli tanah terbiar itu. Tuan rumah itu menjemput mereka untuk berbincang di dalam rumah.
    Kehadiran mereka disambut mesra oleh keluarga itu. Keluarga itu  minta maaf kerana tidak membalas  salam mereka tadi. Sesi perbincangan bermula di ruang tamu rumah itu. Setiap ahli keluarga mengambil bahagian dalam sesi perbincangan itu, lebih-lebih lagi bagi mereka yang sudah berumur.
     Hasrat Alim dan Johan tercapai setelah mereka membenarkan Alim untuk membeli tanah itu, dan mengusahakan apa-apa tanaman di kawasan itu. Alim mengucapkan syukur ke hadart Ilahi kerana doanya dimakbulkan oleh-Nya. “Alhamdulillah”, bisik hati Alim.
      Namun, sejarah keluarga jiran itu masih tidak terungkai. Alim dan Johan hanya mampu endoakan yang terbaik untuk keluarga itu. Mudah-mudahan allah akan membuka pintu taubat untuk mereka.
**********
      Alim meminta pertolongan belia di kampungnya untuk bersama-sama membersihkan kawasan tanah itu sebelum melaksanakan apa-apa aktiviti. Tanah itu juga dibajak dan rumput dicantas. Alim dan Johan berhasrat untuk mengusahakan tanaman dan menjual hasil tanaman di pasar malam.
      Sepuluh tahun berlalu. Alim dan Johan berjaya menjadi tanaman termuda di Malaysia. Mereka juga gerjaya dengan cemerlang dalam pelajaran mereka di uiniversiti. Oleh itu, mereka membuka perniagaan sendiri, yang diberi nama AJ Enterprise. Keluarga mereka sanagt bangga atas kejayaan mereka. Mereka mengucapkan syukur kehadrat Ilahi atas kurniaan-Nya memberikan mereka kerahmatan dan rezeki serta hidayah.         

No comments:

Post a Comment