Sunday, January 30, 2011

EVOLUSI

Jawapan bagi soalan tentang kepelbagaian kehidupan telah dirumuskan oleh Charles Darwin pada akhir abad kesembilan belas. Pada usia dua puluh dua tahun, Darwin telah bertugas sebagai ahli alamiah dengan H.M.S Beagle, iaitu sebuah kapal yang mengambil masa pelayaran selama lima tahun untuk mengelilingi dunia. Kapal tersebut belayar ke arah hemisfera selatan, tempat wujudnya kehidupan yang sangat banyak dan berbagai-berbagai. Di sepanjang pelayaran tersebut, Darwin telah menemui bentuk hidup yang sangat berbeza daripada yang ditemuinya di tempat asalnya di England. 

Charles Darwin semasa berusia tiga puluh
satu tahun,empat tahun selepas beliau kembali
daripada pelayaran dengan Beagle.

Sumber bahan : Sylvia S. Mander , Biologi , Evolusi , Kepelbagaian dan Persekitaran.
Penterjemah    : Rosiyah Abd Latif , Rozillah Othman@Ali , dan Noorizan Abd Latif
Editor          : Dewan Bahasa dan Pustaka , Kementerian Pelajaran Malaysia , Kuala Lumpur , 1995.
   

No comments:

Post a Comment